Powered By Blogger

MUSIC BEST PLAYLIST!!

Friday 29 July 2011

membina minda muslim yang positif

Sahabatku,
                   Pertama kita perlu memahami reality bahawa tiada manusia yang sempurna. Anda boleh pilih sesiapapun dari seluruh pelusuk dunia,anda boleh tunjuk mana-mana raja dan pemerintah dalam dunia,anda boleh lantik mana-mana orangpun untuk menjadi pemimpin yang agung,namun orang itu pasti ada kekurangan dan kelemahan. Sebagaimana dalam ciri mentaliti yang pertama dahulu,selagi bergelar manusia pasti kita akan membuat kesalahan dalam tindakan. Kerana kita bukan tuhan dan setiap makhluk pasti wujud kelemahan dalam dirinya.

            Inilah hakikat. Tidak kira saya atau anda,betapa banyak kita berusaha untuk menjadi sempurna, kita tidak akan menjadi sempurna. Seorang jaguh badminton nombor satu dunia, sekalipun dia berada di ranking pertama dunia namun dia tetap melakukan kesilapan dalam setiap permainan. Seorang pemimpin agung sekalipun dia mahir dalam mentadbir dan membuat keputusan, pasti dia juga pernah membuat keputusan silap sekali-sekala. Inilah dunia, tiada yang sempurna.

           Justeru,isu utama bukanlah mencari kesempurnaan tetapi mengurangkan kesilapan dalam setiap tindakan. Kita tidak mampu memberikan keputusan tepat setiap masa, namun kita masih boleh memastikan keputusan yang dibuat sekalipun tidak tepat biarlah ia lebih hampir kepada tepat. Mengurangkan kesilapan dan membuat keputusan yang hampir tepat itu lebih baik daripada terus-terusan membuat kesalahan atau membuat keputusan yang salah secara total.

Rakanku,
                Bagaimana kita mahu tahu kita telah berbuat silap? Bagaimana kita mahu mengurangkan kesilapan itu? Bagaimana kita mahu mengelak dari melakukan kesalahan yang sama? Bagaimana pula kita mahu mengetahui keputusan yang kita buat itu betul atau salah? Bagaimana kita mahu membuat keputusan yang tepat atau yang hampir tepat? Bagaimana kita mahu mengelakkan dari membuat keputusan yang salah?

          Atas kapasiti seorang manusia, ilmu dan pengalaman kita terbatas. Kita tidak dilahirkan bersama pengetahuan. Apabila kita membesar mengikut arus masa,dari situ ilmu, pemikiran dan pertimbangan kita berkembang secara beransur-ansur. Di sinilah kita perlu belajar dari pada orang sekeliling. Setiap perilaku perlu diletakkan nilai. Maka, anda pasti sedari ada perilaku yang tidak baik dalam diri anda. Ia harus dibuang atau diperbetulkan. Pantas, anda perlu mengakui kewujudan kekurangan itu.

        Untuk mengetahui anda pernah membuat silap atau salah, anda boleh bertanya pada orang lain. Untuk mengetahui perilaku anda ini baik atau sebaliknya, anda boleh meminta pandangan rakan-rakan. Biasanya satu kesilapan yang dibuat oleh sesiapa akan mudah diingati oleh orang. Jadi, kita boleh bertanya sejara jujur untuk mencari kelemahan dalanm diri kita. Malah, kadang-kadang belum sempat bertanya kita sudah ditegur atas kesilapan itu. Di sinilah akan tercetusnya satu argumentasi dalam diri kita. Hati kita akan cuba menolak setiap penilaian orang lain terhadap diri kita.  Di sinilah fokus utama yang ingin saya perkatakan pada anda.

Sahabatku,
                Dalam diri manusia terdapat satu sikap ego. Sikap untuk menafikan sangkaan negatif orang terhadap diri kita. Kita suka menafikan penilaian buruk orang lain yang trkena atas diri sendiri. Kita akan cuba mempertahankan diri,kita akan cuba memenagkan diri, kita tidak sanggup kalah atau jatuh air muka di hadapan orang. Bagi sesetengah orang, ego dalam diri membuatkan dia tidak sanggup ditegur, dinasihati dan dikritik. Baginya dia sudah sempurna, tiada orang sebaik dan sehebat dirinya. Tiada siapa layak mengajar atau menyuruh dia untuk sesuatu. Ego telah menjadikan dia sombong, bongkak,pekak dan tuli untuk mendegar suara orang ramai. Hanya dia dan dirinya sahaja yang betul, benar dan baik.

     Harus diingati,jika egostik ini kuat membelenggu diri kita. Kita akan menjadi buta dan pekak.  Kita tidak mampu melihat kaki kita yang berjalan tempang. Kita tidak mampu dengar suara sumbang yang keluar dari bibir sendiri. Jika ketempangan kaki dan kesumbangan yang wujud itu tidak disedari, bagaimana kita akan mampu mengubatinya atau memperbaikinya? Pasti kita tidak mampu.

    Syarat pertama untuk mengubati sesuatu penyakit ialah mengetahui apa penyakitnya. Ya, sebelum anda mengubah sesuatu kekurangan dan kelemahan itu anda perlu tahu apakah yang kurang. Tidak kira sesiapa yang memberitahu, menegur dan mengkritik anda. Anda perlumenilai setiap butir isi kata-katanya. Biarpun dia seorang kawan atau seteru, anda perlu menilainya dengan waras. Sebaik anda menyedari kekurangan itu, anda perlu mengakui kekurangan itu perlu diperbaikikan. Sekalipun anda tidak berterus terang di hadapan orang yang menegur, sekalipun anda tidak angguk dan tersenyum di hadapan orang yang mengkritik, namun anda perlu mengakui ianya satu kelemahan yang perlu diperbetulkan.

Sahabatku,
                   Bolehkah anda menerima teguran atau kritikan sesiapa sahaja? Tidak kira rakan atau musuh. Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak kecil. Mampukah anda menerimanya? Mungkin agak sukar bukan?

          Ya, terutamanya golongan remaja. Ramai memiliki sikap seperti susah untuk ditegur dan dinasihati, apatah lagi bila dikritik. Pasti kita akan melenting dan memarahi orang yang mengkritik itu. Jangan harap kita akan berterima kasih padanya, apatah lagi mendegar dan menerima kritikan itu. Kenapa jadi begitu? Ini disebabkan  kita tidak mengerti nilai teguran dan kritikan dapat membantu kita memajukan diri sendiri. Kita juga tidak sedar, teguran dan kritikan tidak akan dikeluarkan oleh seorang pengkritik dengan jika dia tidak mempunyai sebab yang jelas.

   Inilah realitinya, cuba anda pandang sekeliling anda. Lihat siapakah rakan-rakan anda. Berapa orangkah dikalangan rakan anda yang sudi menegur jika anda berbuat silap? Berapa orangkah disekeliling anda yang sanggup mengkritik dan menegur kelemahan anda? Jika ada, dialah rakan yang sebenarnya mahukan kebaikkan untuk anda. Berbeza pula dengan rakan yang hanya angguk. Anda salah atau silap, dia senyum. Anda jatuh atau teluka, dia hanya ketawa. Dia tidak menegur dan menasihati malah dia hanya membiarkan anda gagal dan jatuh bersamanya.

            Akhirnya, kita perlu bahawa kehidupan kita tidak terus-menerus. Jika kita tidak mencari kelemahan dan memperbaikinya, kita akan dibenci dan ditinggalkan orang. Kita perlu sentiasa bersedia untuk ditegur dan dikritik, kerana kita tahu teguran dan kritikan itu tidak menjatuhkan kita. Kita akan sentiasa berdiri dan menghadap muka untuk mendengar tunjuk ajar,kerana kita tahu hanya orang yang sedia menerima kelemahan dan belajar dari kesilapan akan cepat maju.
        
                                 
          Malah, kita akan menjadi perkasa setiap masa. Kita tidak tunduk pada kelemahan yang sama. Malah kita akan melangkah dengan gagah, dengan pembaharuan setiap masa. Kita akan membuang setiap kelemahan dalam diri dan sentiasa belajar dari satu masa ke satu masa. Kita akan terus lahir menjadi manusia baru setiap hari. Iaitu manusia yang telah memahami kelemahan semalam dan menerimanya dengan lapang. Dan memperbaikinya agar menjadi lebih baik.
im proud!

mutiara keinsafan

Telahku singkap tirai hati terbeku kaku untukku intai akan  rahmat keampunan di halaman nan           subur dengan keimanan di destinasi keinsafan. Setiap kali ku tenungi sekudus hatiku ini,ku lihat ia sungguh cemar diselapui debu-debu kejahilan yang semakin menebal.


         kehendak hati ini ingin menyiram dengan madu keampunan-Mu ya Tuhanku!ku berasa malu kerana dosa ku amat banyak tinggi menggunung.Inginku cari 'Mutiara keinsafan' yang tersimpan rapi di pulau kemaafan


    Laluku mulakan perlayaran ke pulau yang penuh dengan hidayah dan taufik-Mu ya Allah. Di tengah perlayaran,ku tenungi senja yang muram. Daku terasa sepi namunku tetap ditemani bayu keiklasan yang semilir di dalam hatiku,menghasilkan ombak kemanisan iman.


ku berasa kaget bila mengetahui ribut kemaksiatan melanda tanpa diduga menyebabkan daku hilang jilat di tengah perlayaran. bagaimanakah caranya untuk ku temui pulau tersebut? Tiba-tiba daku terpandang akan gugusan bintang hidayah yang berkerlipan di dada angkasa Allah yang menunjukkan arah pulau tersebut ku rasa begitu bahagia dan gembira.
                                                                                                     YA ALLAH ampuni daku!!
  lalu ku teruskan perlayaran menuju ke'pulau keinsafan'. Tatkalaku berlabuh di pulau tersebut ku terlihat akan suatu cahaya hidayah dan keimanan yang indah menyinari pulau itu. Lantas ku melangkah seribu dengan harapan menggunung untuk menemui Mutiara keinsafan ke arah cahaya yang terpancar indah,semakin dekat daku kepadanya semakin tenang rasakan.

my new life with my new skool

BEFORE nie aq stdy 3 taun kt luar ngeri kt kelantan darul naim! 3 taon jd student kt sna mmg mncbr. parents yg jauh. anak perantauan la jd nyer. Bnyk dugaan bro. dok jauh x d org nk tgk,nk jga n nk tgor kte. RINDU?? x pyh ckp la bro. siyes ckp tiap kali col mama aq nages uh wajib la. kt sna aq amek al-quran n buuth n akedemik. pergh. mmg berat aq nk pikul waktu 2. 3 taon aq brthan bro.Aq x kuat nk nk bwk n then aq drop n blek pahang.

cubaan stu 2 3!!

hello sume!! hak3.. aq tgk owng lyn blog cambest jew.so aq pown cbe la gtl2 create blog nie. meddonald?? name name uh aq ltk. ad la!! aq sje jew nk try men blog. bnyk ag cter nie nt aq post one by 1,step by step taw. k.da